Sunday, July 26, 2009

Makan Malam Mengecewakan Lagi Mengerikan (25/07/09).

Menu : Claypot Meggi Soup
Harga : RM 4.00
Lokasi : Putra Food Court UPM

Sebelum Makan / Selapas Makan

Punca Kegagalan!!!

Kesimpulannya:-
Ikut hati mati, ikut rasa binasa,
Ikut cakap kawan, melayang duit aku!!!

Saturday, May 9, 2009

Farewell UDM...

Akhirnya setelah 3 tahun berada di UDM, kini telah tiba masanya untuk melangkah pergi.... Cepat sungguh masa berlalu...
UDM kini dalam Kenangan...

Di kesempatan ini juga aku ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua kawan2 UDM terutama yg 1 kos n 1 fakulti ( DTMM & DTM ), moga korang terus success dalam apa jua yg korang lakukan lepas ni...
Dan yg lebih penting di sini aku menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf atas segala silap dan salah, terkasar bahasa mahupun perbuatan, ada mengata belakang2, ada terambil ape2, pinjam barang korang n xpulang balik dan macam2 lg la( mcm jahat je aku ni )...
Pastu aku nak mintak halal la apa yg terlebih @ terkurang terutama kepada pelanggan2 setia yang selalu datang print kt aku 2... aku mintak halal n maaf eh kalu ada yg xpuas hati...
Finally, aku harap dapat jumpa lagi semua kawan2 n hopefully we all will always keep in touch..
FRIENDS FOR EVER...
SalaMesrAbadi...

Tuesday, March 31, 2009

Manusia sentiasa dilawati...

"Ketika engkau memiliki tujuan utk dipenuhi dan mimpi utk digenapi , Allah sudah membuka matamu dan memanggil dengan namamu.. Ingat bahawa dimanapun engkau atau kemanapun engkau mengadap..ALLAH TAHU" Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

"Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang,didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail:

Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh malaikatmaut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati.

Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut,kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut.

1 hari = 24 jam = 1440 minit, 1440 minit / 70 = 20.571 minit. Ini bermakna malaikat maut menziarahi kita setiap 21 minit.

Renung-renungkan, dan selamat beramal...

Tuesday, February 24, 2009

Pulangkan (versi PTPTN )

-versi PTPTN, bkn PHSM(Pontianak Harum Sundal Malam)-
(lirik lagu ini sekadar hiburan sahaja, tiada niat untuk menyinggung mana2 pihak)

(Ex-Student)
Sedikit bunga yang menggoda
Sekadar dipandang usah dibayar
Kau pasti tak percaya
Duitku bukan untukmu sayang

(Pegawai PTPTN)
Tiada kusangka kau sungguh kejam
Kau peram hutang yang kau pinjam
Namun takkan bahgia kehidupanmu
Bila engkau berkonvo
kau milikku

Pulangkan hutang-hutangku-(Pegawai PTPTN)

Oh hentikanlah menghantuiku-(Ex-Student)

Oh pulangkan oh pulangkanlah padaku-(Pegawai PTPTN)

Kupulangkan semua hutangku-(Ex-Student)

Yang dikau peram tanpa relaku-(Pegawai PTPTN)

Bebaskanlah maafkan daku oh kasih-(Ex-Student)

(Pegawai PTPTN)
Tiada kemaafan di sini
Kau hutang tanpa bayar sesen lagi
Akan ku jejakimu kemana jua

[kesimpulannya, hutang tetap hutang]

Tuesday, February 3, 2009

Digital Equipment Workshop

(29, 30, 31 JAnuary 2009)