Showing posts with label dedikasi. Show all posts
Showing posts with label dedikasi. Show all posts

Thursday, August 16, 2012

Salam Lebaran 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin... 

Insan kerdil ini menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf andai ada khilaf nye serta kekurangan yg pernah dilakukan sebelum ini sepanjang hayat dikandung badan...
Semoga raya tahun ini memberi 1000 erti kepada kita semua... Amin (^_^)
InsyaAllah... 
-2012-


Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan, Selamat Berpuasa....

Esok (21/7/2012), akan bermula lah bulan puasa... Seperti tahun2 sebelum ni. bulan Ramadhan sentiasa disambut di perantauan.. Namun kali ini, cabaran Ramadhan mungkin berbeza dari sebelum2 nye.. Kenape eh?? Of course la Ramadhan sebagai org yg berkerjaya.. Hahahaa.. mcm mana la suasana puasa sambil kerja ni. mesti penat kn.. Harap2 berjaya la harungi setiap hari2 yg mendatang dng jayanye.. =)
Ape pon, SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAQ, Semoga kita dikurniakan kesihatan yg baik untuk menjalani ibadah puasa tahun ini dengan sempurna... Amin...

p/s : 2 je nk ckp, pendek kn post kali ni..Haha, Ape Pon Tak Boleh.... (--")
Jng lupa g solat tarawih...

Thursday, January 5, 2012

Baucer Buku 1Malaysia (^_^)

Terima Kasih Kerajaan Malaysia....


p/s: xtau nk beli ape.. bila xde duit mcm2 nk beli, bila da ada duit ni, xtau plak nk beli ape..

Saturday, December 31, 2011

~Selamat Datang 2012~

2011 bakal melabuhkan tirai tidak lama lg. Setelah jam 12:00 mlm ni, maka bermulalah tahun 2012. Maka bermulalah perjalanan baru untuk tahun baru, bersama azam baru. So berkobar2 la kan masing2 dengan azam baru. Hehe.. Aku pon byk azam yg nk ditunaikan termasukla azam yg tak tercapai lg masa tanun 2011 nie.. hihi..
2011 meninggalkan byk kenangan manis dan pahit untuk semua org.. Tp aku xmo la story mory. Kang panjang lebar plak aku menulis. Cukup la sekadar update blog ni buat entry terakhir bg tahun 2011 nie. Lgpon aku dalam mood stdy nie, coz naik tahun baru 2012 da start final exam (stdy la sngat knn.. tngan ke dada, mata ke atas, hahaha).. So dikesempatan ini aku ingin memohon seribu kemaafan sepanjang 2011 kalu ada salah dan silap, terlanjur bicara, terkurang adabnye.. Biasa la, aku hanya insan biasa, xlepas dari salah dan dosa.. Namum insyaAllah tahun 2012 akan di"inprove"kan dan diperbaiki kekurangan diri ini memandangkan usia pon semakin lanjut.. Hehe.. Xkn nk perangai mcm hanjing lg kot.. :P
Selamat tinggal 2011
Selamat datang 2012

Saturday, February 12, 2011

SusahNya Menjaga Hati

Td masa kelas Tasawwur Islam, Ustazah ada mendeklamasikan 1 puisi. Tajuk nye "Susahnya Menjaga Hati". Best pulak dngar ustazah baca puisi 2. Puisi ni pon best, sentap jugak la dngar. Huhu.. Balik hostel je terus aku cari puisi ni kat internet n jumpa. Tak tau la pulak ia nye karya siape.. Tp xsempat nk post siang td sb agak busy skrng. So lewat2 mlm mcm ni [jam sekarang dh 1:30am] la dapat mencuri masa utk aktiviti2 mcm ni.. Hehe..
Korang baca, hayati n fahami lah.. Moga dapat menjadikan iktibar dam pedoman.. InsyaAllah...
[ puisi ni agak panjang sikit, tp berbaloi membacanye ] ^_^

Susahnya Menjaga Hati, Raja Diri

Susahnya menjaga hati.
Sedangkan ia adalah tempat pandangan Allah.
Ia merupakan wadah rebutan di antara malaikat dan syaitan.
Masing-masing ingin mengisi. Malaikat dengan hidayah, syaithan dengan kekufuran.
Bila tiada hidayah, ada ilmu pun tidak menjamin dapat selamat, sekalipun ilmu diperlukan.

Susahnya menjaga hati. Bila dipuji, ia berbunga. Terasa luar biasa.
Bila dicaci, aduh sakitnya. Pencaci dibenci. Bahkan berdendam sampai mati.
Bila berilmu atau kaya, sombong mengisi dada.
Jika miskin atau kurang ilmu. Rendah diri pula dengan manusia.
Adakalanya kecewa. Kemuncaknya putus asa.
Pada takdir yang menimpa, kita susah untuk redha.
Ujian yang datang, sabar tiada. Jiwa menderita.

Melihat kelebihan orang lain, hati tersiksa.
Kesusahan orang lain, hati menghina. Bahkan terhibur pula.
Suka menegur orang, tapi bila ditegur hati luka.
Aduh susahnya menjaga hati. Patutlah ia dikatakan raja diri.
Bukankah sifat sombong pakaian Raja?!

Bukan mudah menahan marah apabila orang marah kepada kita atau orang membuat kesalahan kepada kita.
Bukan mudah tidak membalas terhadap orang yang menganiaya dan memfitnah kita.
Sedangkan mereka menyusahkan kita, dan kita pun menderita dibuatnya.

Tidak mudah menahan perasaan hati agar tidak berbunga ketika ada orang memuji kita.
Apakah kita boleh menolak pujian itu dengan rasa hati bahwa kita tidak layak menerimanya?
Tidak mudah, biasanya hati sedap dan berbunga rasanya.

Apabila kita berhadapan dengan orang serba istimewa, ada yang kaya, berjabatan tinggi, tinggi ilmunya sedangkan kita orang biasa saja, biasanya kita inferiority complex dibuatnya, malu pun timbul.
Dapatkah kita merasa biasa saja, tidak terasa apa-apa?

Yang penting kita dengan Tuhan ada hubungan senantiasa, takut dan cinta.
Terasa bahagia dengan Tuhan, rasa senang dengan-Nya, yang lain tidak ada arti apa-apa.
Apakah mudah hati kita menahan derita bila mendapat bala bencana?
Tidak mudah, biasanya hati kita derita dibuatnya.
Kita rasa kecewa, kita rasa orang yang malang hidup di dunia.
Kita tidak dapat hubungkaitkan dengan hikmah dan didikan Tuhan kepada kita.
Bahkan biasanya selalu saja buruk sangka dengan Tuhan yang melakukannya.
Hati kita rasa bahwa tidak semestinya Tuhan menyusahkan kita.

Begitu jugalah kalau kita orang istimewa, berilmu, berjabatan tinggi, kaya!
Biasanya rasa megah datang tiba-tiba, sombong pun berbunga, mulailah kita menghina.
Hidup kita pun mulailah berubah, sebelumnya beragama lupa agama.
Kalau dahulu dapat bergaul dengan orang biasa, sekarang kawan kita golongan atas saja.
Hendak bergaul dengan orang biasa seperti dahulu rasa jatuh wibawa.

Begitulah hati manusia sentiasa berubah-ubah apabila berubah keadaan.
Karena itulah kita disuruh berdoa:
“Ya Allah tetapkanlah hati kami di atas agama-Mu, dan mentaati-Mu.”


P/S: Renung2kan... :)

Saturday, May 9, 2009

Farewell UDM...

Akhirnya setelah 3 tahun berada di UDM, kini telah tiba masanya untuk melangkah pergi.... Cepat sungguh masa berlalu...
UDM kini dalam Kenangan...

Di kesempatan ini juga aku ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua kawan2 UDM terutama yg 1 kos n 1 fakulti ( DTMM & DTM ), moga korang terus success dalam apa jua yg korang lakukan lepas ni...
Dan yg lebih penting di sini aku menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf atas segala silap dan salah, terkasar bahasa mahupun perbuatan, ada mengata belakang2, ada terambil ape2, pinjam barang korang n xpulang balik dan macam2 lg la( mcm jahat je aku ni )...
Pastu aku nak mintak halal la apa yg terlebih @ terkurang terutama kepada pelanggan2 setia yang selalu datang print kt aku 2... aku mintak halal n maaf eh kalu ada yg xpuas hati...
Finally, aku harap dapat jumpa lagi semua kawan2 n hopefully we all will always keep in touch..
FRIENDS FOR EVER...
SalaMesrAbadi...

Monday, September 22, 2008

Bonus Hari Raya...


Untuk semua orang, sila muat turun duit ini sbg bonus hari raya anda.
T.Q

Friday, September 19, 2008

Perginya Seorang Sahabat...

Salam kepada semua pengunjung blog ini....
Pada tanggal 18 September 2008 (bersamaan 18 Ramadhan) yang lalu, saya telah dikejutkan dengan berita pemergian seorang sahabat yang cukup saya dan kawan2 lain kenali dan senangi. Beliau telah kembali ke rahmatullah akibat masalah jantung.. Sungguh sukar bagi saya mempercayai semua ini kerana sehari sebelum beliau pergi, kami sempat berbual seperti biasa dan tidak menyangka pula itu adalah perbualan terakhir kami. Sesungguhnya, ajal dan maut itu di tangan tuhan.
Kepada keluarga arwah dan para sahabat, diharap dapat tabah dan redha akan pemergian beliau..
Kepada para pengunjung blog ini, diharap dapat menyedekahkan Al-Fatihah buat arwah Mohd Latifi Atif dan semoga rohya dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama orang2 yang beriman...
AMIN...

Saturday, August 30, 2008

Salam Kemerdekaan



Dikesempatan ini aku nk mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 51 bagi negara Malaysia kita yang tercinta ini. Moga negara kita terus maju dan aman terutamanya dalam kestabilan politik negara ini....

Friday, August 8, 2008

nawaitu

blog ni aku buat sbb ada assignment...
paper H.C.I ( human computer interaction ).
hope dpt siapkan dng sempurna laa...
T.Q..