Showing posts with label destinasi. Show all posts
Showing posts with label destinasi. Show all posts

Monday, January 25, 2016

Misi Solo Mendaki Bukit Broga @ 24 Januari 2016

Bukit BROGA ni terletak di Semenyih, Selangor dan merupakan salah satu destinasi kegemaran bg mereka yang gemarkan aktiviti mendaki (hiking) ni. Level of difficulty lak xde la tough sngt, utk beginner boleh la nk try. Laluan dia pulak ok n xde la jauh sngt nk sampai ke puncak. Kalu hujung2 minggu or hari cuti, mmg penuh dengan manusia xkira la kanak2 smpi la org dewasa. Ada yg datang sendiri, ada yang dengan kawan2, ada yang dengan family n ada jugak yang datang rombongan 2,3 bijik bas. 
Macam mana nk ke sini??? Tempat ni senang jer nk cari. xperlu masuk sampai ke kawasan pedalaman atau ceruk2 la. Laluan jalan raya pon ok. Korang bole Google Map je klu nk dptkn route n location ke sini dari tempat korang. Kalu korang dari Pekan Kajang, perjalan lebih kurang 15 ke 20 minit jer (bergantung kpd gaya pemanduan korang). 
Kawasan Parking??? Korang boleh naik kereta, motor or bas rombongan ke sini. Utk motor n kereta mmg disediakan kawasan parking dlm kawasan ladang sawit n perlu bayar per-enrty. Kalau naik bas rombongan tu bas kena parking luar. Tp kalau naik kereta ni nk parking dalam tu susah sikit kalau hari2 cuti ni. Sbb cepat full, dan bila dh full kena parking luar la, tepi2 jalan besar. Lagi satu kalau kereta korang jenis lowed ni xsesuai la nk masuk parking dalam ladang sawit. Korang faham2 la yer jalan dia mcm mana. Kadar parking pula dikira dengan harga berikut:

MOTOSIKAL : RM 1.00 per-entry
KERETA : RM 5.00 per entry

Lepas siap parking tu, korang kena menapak sikit untuk ke kaki bukit sebelum mendaki. Kt kaki bukit ni dh disediakan signboard, so korang akan tau lah mana nk mulakan perjlanan. Bagi mereka yang nk setkn masa pendakian boleh set start dari pintu masuk tu. Nk masuk xde kena bayar tau. Kalau ada yg mintak bayaran tiket masuk ke apa ke, itu semua PENIPUAN!!!    
Ni Enterance nk masuk ke bukit Broga. Ada pintu gerbang lagi. Tepi Enterance ni ada warung jual air kelapa, 100Plus, Maggi Cup, Kuih muih.. Harga pulak mmg level 7E lah.. 
Biasa la kawasan tourist kn, Harga barang kena markup KAW2.. 
(Tips : Bawak la bekal siap2. klu nk beli air 100plus tu, g beli kt 99SpeedMart k sblm g hiking. Haha)
________________________________________________________

So, bagi aku pulak, aku dah beberapa kali naik Broga ni. Dan setiap kali naik tu, Alhamdulillah berjaya sampai ke puncak. Tp sebelum ni semuanye naik beramai2 ngn kawa2. Kali ni nk try naik sesorang memandangkan dah biasa dgn tempat tu. Nk ajak member pon ramai yang balik kampung sempena cuti 3 hari ni (Thaipusam jatuh hari Ahad, bawak cuti ke Isnin). 
Lepas subuh tu terus gerak dari rumah n sampai sana dalam 6:40 pagi. Dinasihatkan untuk buat stretching (regangan) dulu, jangan terus jalan or lari naik bukit tu. Lalauan dia berliku2 n ada halangan. Kang xpasal2 kejang or krem. Dinginatkan jugak sekitar waktu 6:30 - 7:00 pagi ni, kawasan tu masih gelap, so elok bawak torchlight (lampu suluh) bagi memudahkan perjalanan. Kalau xbawak, kena la follow org yg ada lampu. Untuk aspek keselamatan, pakai la kasut n pakaian yg sesuai. 
Dalam dekat2 kul 7:00 pagi jugak la baru gerak naik dr pintu gerbang tu. Elok jer melangkah masuk terus ak setkan masa pendakian. 

Memang ramai orang yang akan mendaki n ada juga yg dh nk turun, So kena hati2 sikit bile berselisih. Memang akan ada insan yg bersemangat tinggi, diaorg akan lari jer memanjang, xpeduli dah ada org ke xde orng ker... Terlebih PAMOGA kot.. 
Nk sampai ke puncak tertinggi Broga ni ada beberapa level/layer. Dia kawasan mendatar yang agak luas la utk pendaki stop berehat sementara nk sambung perjalan tu. So bila stop, kita selfie dulu. Amik ko mulut ternganga xcukup nafas.. Hahaha... 
So time ni bole la nk minun air yg dah dibawa tu. Bila dah rasa tenaga dh kembali, Sambung perjalanan..


Akhirnya, sampai dh ke puncak tertinggi Bukit Broga, Kawasan ni xluas, cuma ada batu besar jer. Jd mmg ramai la org akan ada kt sini. Biasanye yang dah sampai kt puncak ni, mereka akan bergambar n rehat sekejap sambil tengok pemanandangan. Kalau nk tengok matahari terbit kena datang awal.
Kalau ada kt puncak tu dalam jam 8:30 pagi, time tu matahari dah mula panas. Sunburn la jawabnye.
Pemandangan dari atas yang tidak dipandang sngt pon.. Hahhaha
Dh selesai rehat, selfie n update ststus di media sosial, jom lah kita turun. Bagi peluang kt org lain pulak nk naik n duk kt atas tu. Tp time ni dh jam 9:00 pagi, Matahari mmg dh panas, but still, ramai lagi yang masih mendaki.. Cayok2...
Panas giler baq ang....
_________________________________________________________

Alhamdulillah, selesai sudah misi solo mendaki BROGA kali pertama. Insyaallah utk tahun 2016 ni sekurang2nya sebulan sekali akan naik BROGA ni, xkira la solo or berjemaah. 
So, kalau ada sape2 nk join, jom lah...

#FIT2016

Monday, March 25, 2013

TORTILLA @ Downtown Jln. Reko ^_^

Lamanye xupdate blog nie.. Haha.. Busy katanye.. Tp mmg busy btol pon.. Byk benda nk kena selesaikan.. Tp walopon busy tetap kena merayap k.. Ok la, kali ni nak cerita tentang satu menu yg jarang 2 la aku jumpa kt mana2 tempat (xtau la kalu korang selalu jumpa) yg berjudul TORTILLA. Aku pon xtau actually ape kejadah nye tortilla ni. Tp ingredients dia lebih kurang mcm nk wat kebab kot.. Maybe makanan ni dari timur tengah. Anyway kalu korang g Downtown Jln. Reko ni, aku cadangkn menu ni sebagai menu wajib rasa la.. Aku suka g Downtown Reko ni sbb suasana dia ok, xdela sesak sngt, peniaga pon ramai, dan yg paling best pilihan makanan yg sngat banyak.. NYUM NYUMMM...
Ok la, enough of that story, jom kita tngok TORTILLA ni dng lebih dekat lg.. 
Ape lai, kamera pon jalankan tugas laaaa.. Snap snap!!
Harga cuma RM4.50.. Kategori mampu milik la kn...
 Bahan2 yg digunakan : ada roti leper(xtau ape nama dia, tortilla la kot, haha), salad, bawang, tomato, kobis, ayam, daging, dan sos chili, mayo n thousand island.. 
(p/s : bole nk pilih samada ayam, daging atau campur2) 
 Proses buat yg sangat mudah dan sekejap..  
Lepas siap letak bahan2 semua, bakar pulak atas pan/kuali leper. Berapi tuuuuu.....
 Hasilnye... Sedia untuk dimakan.. NYUM3... Jemput mkn semua... 

P/S : Next destination???? hahahaha.. 

Saturday, November 3, 2012

Zaiton... CeritaKu --> BEST!!!

Kali ni nk bagi review filem cikit.. Cerita yg bertajuk "Zaiton,,, Ceritaku"... Bagi aku cerita ni mmg best la, dia mengisahkan tentang kehidupan Zaiton Sameon.. Siapa xkenal kn, DIVA tuuu.. Well basically dia menceritakn zaman kegemilangan Zaiton Sameon suatu ketika dulu, sehinggalah malang yg menimpa beliau dimana beliau telah terlibat dlm satu kemalangan pada tahun 1990 yg telah menyebabkn beliau kehilangan anak tersayang iaitu Irwan... Seterusnye filem ni menceritakan kasih sayang seorang IBU serta konflik dalam keluarga dan masyarakat... Nk tau jalan cerita yg penuh korang kena la tngok sendiri k.. Yg penting ada "KIAH PROPA a.k.a RATU KEBAYA" dlm filem nie.. Hahaha.. Masyukkk!!! Yg terbaek tu dia punya props la.. Sesuai sngt ngn latar masa n zaman iaitu sekitar tahun 90-an. Sangat mengimbau zaman kecik2 dulu ok.. Tp ada gak slack nye, sbb tetiba ada kereta MYVI, WAJA dll.. Haha.. Tahun 90an jer kot, naik ISWARA n SAGA sudaa... Tp bnda2 mcm tu xdpt nk elak kn.. Back to the future agaknye.. =P
So my rating for this movie is 4/5...  (o_o)
Cukup cerita pasal muvi, kita cerita pasal aku plak.. Korang tau x kt mana aku tngok wayang ni.. Kt ALAMANDA PUTRAJAYA ok!! Haha.. Gigih x gigih aku kn.. Demi Zaiton Sameon katanye.. Actually aku g berdua ngn kwn ak, cik Citah.. Merempit ktorg berdua, hujan2 pon sanggup redah. Ak pon dh lama xmasuk panggung actually... Mula2 tu ingat nk tngok kt MINES jer, tp bila Citah cek online, movie ni xde tayang mlm ni kt TGV Mines tu, bila cek GSC Alamanda ada.. So ktorg decide nk ke alamanda la.. Movie nye kol 9pm.. So ktorg gerak kol 8:30pm (janji melayu), rempit punye rempit (geng moto honda, hihi) smpi la ke Alamanda kol 9:00pm.. Tercungap2 lari g beli tiket, dh la sejuk n basah xkuyup. Bila smpi kt kauter tiket, rakyau jelata punye la ramai. Majoriti nye nk tngok JB007 - SkyFall.. Beratur punye beratur bkn main panjang last2 kol 9:15 baru dpt tiket n masuk Hall. bila masuk tngok cuma 3 row seat dr belakang jer yg ada org. Tu pon xsemua penuh dlm sebaris tu.. Row yg depan2 mmg kosong terus la.. Ape lagi, hulur kaki la atas seat depan, mcm xbiasa plak.. Betapa kurangnye sambutam masyarakat utk filem ni, walhal baru smlm (1 November 2012) release. 
"Susah senang diriKu, tak bertempat mengadu
Seperti burung kepatahan sayap
Dihati kecil Ku menaruh Harapan"

So pas abis movie, perut tu mmg lapar xterkira la... Lalu ktorg pon balik singgah beli burger kt tasek. Aku layan Burger Ayam Double (kau ada???)... 
Nyumm Nyumm
p/s : MASYUKKKKKK!!!!

Friday, February 4, 2011

Perjalanan yang Panjang

Setelah berehat beberapa hari di rumah, dah sampai masa utk balik ke kolej kediaman terchenta. Duk umah pon xjd kerja. Sebab ujan je memanjang. So rutin harian masa cuti 2 dimanfaatkan untuk berhibernasi. Huhu. Tp cuaca semalam [03/02/2011] OK la, dh cerah, matahari pon dh mula memancar. Sangat sesuai utk kuar bersiar2 n pulang ke UPM. Haha.
So nak dijadikan cerita, bas yg aku naik ni xdpt nk lalu ikot jalan biasa iaitu Segamat - Jementah - Ledang - Tangkak(exit PLUS) - Kuala Lumpur sebab ada jalan nk ke Tangkak ni di tutup sebab air naik dan masih belum surut. Maka itu, bas ni pon melalukan "lencongan" iaitu melalui Segamat - Tenang - Labis - Cha'ah - Yong Peng(exit PLUS) - Tangkak(exit PLUS) - Kuala Lumpur. PERGHHHH... Jauh kot.. Kalu dh amik exit Yong Peng, 2 dh nk ke J.B. Dah la lalu kt wilayah bergolak iaitu Tenang [baru lepas pilihan raya DUN la kata kn], masih lg ada kelihatan bendera2 n panji2 yg tergantung. Huhu.. Bkn stakat 2 je, dh la kuar ikut exit Yong Peng, masuk ikot exit Tangkak utk ke hentian Tangkak, pastu kuar semula ikot exit Tangkak untuk naik KL. Fuhhh.. Pusing2 tuuu.. Bg yg tau selok belok jalan area2 Johor ni, korang msti paham kn betapa pusing2nye perjalanan aku nie. Ape pon aku respect n tabik spring la pd agensi pengangkutan bas Cepat Ekspres sebab sanggup melalui laluan alternatif yg agak jauh tetapi harga tambang bas tidak berubah, tetap seperti laluan biasa.. Kalau Bas Transnasional langsung xnk kuar, tersadai 4,5bijik bas kt terminal Segamat 2. Perjalanan SGMT-KL yg sepatut nye hanya memakan masa 3jam lebih sekarang dh jd 5jam lebih sebab lencongan nie.. Mmg satu perjalanan yang panjang...
Terminal Bas Segamat : Kita bertemu lagi ^_^

Bas yg aku naiki [Masih menggunakan perkhidmatan Cepat Ekspres]

Entah bila la dpt nek bas Double Decker mcm nie.. Huhu (--")

SELAMAT DATANG KE TERMINAL BERSEPADU SELATAN ~[TBS]~

First time menjejakakn kaki kt terminal ni [maklum la, baru dibuka], FUHHHHHH!!! Mmg gempak la. Jakun sekejap aku. Haha.. Siap ada penyambut lg. Bkn ape, mereka ni just tnjukkan arah jalan jer, kang ada pulak yg sesat berbulan2 dlm TBS 2. Turun2 bas je terus naik escalator [tangga lif] naik kt tingkat atas 2 pastu terus ke jejantas utk ke stesen Komuter Bandar Tasik Selatan. Xsempat nk explore tmpt ni sbb nk kejar train komuter utk balik kolej kediaman. Al-maklumlah, smpi pon dh lewat, kena kejar masa, penat pulak 2. Lg pon tempat ni masih byk yg kosong lg. Ape pon tempat ni nampak masih bersih, suci dan terpelihara lg. Xtau la bila dh ramai org guna tempat ni, jd mcm mana la agaknye. Harap2 kebersihan akan terpeilhara la.. ^_^
~Tempat bas menurunkan penumpang~
Penyambut tetamu. Hik hik...

Pemandangan dari jejantas

[Bermula lah semula minggu kuliah, adehhh]

Thursday, February 3, 2011

Sayonara Bukit Jalil...

Bermula 29 Jan - 6 Feb merupakan cuti sempena Tahun Baru Cina 2011 merangkap cuti mid-sem kitaorg.. So ramai la yg akan pulang termasuk la aku.. Hehe. Pelajar2 Cina hari khamis ramai yg dh balik, tp aku hari sabtu baru balik. Biasala, bkn raya kita kn, kalu raya kita cuti xstart lg pon aku dah blah dh.. Haha, buruk perangai.. Asalnye nk balik lalu Seremban, tp mengenangkan mungkin ini kali terakhir aku akan ke hentian sementara Bukit Jalil 2, aku pon mengambil keputusan untuk laluan KL-SEGAMAT dan menggunakan khidmat bas CEPAT EKSPRES. Ingatkan dapat lari dari kesesakkan, tapi TIDAK.. Sampai je kt hentian Komuter Serdang, rakyat jelata punye la ramai. Dh macam ada ceramah agama je [mungkin kah?? haha]. Aku ni hah smpi 5kali melepaskan train sebab terlalu padat. Bkn ape, xnk la bersesak2 sngat. Lgpon ak bawak bnda2 beharga mcm laptop, henpon, uncang emas dll. Risau kalu2 ada peraba yg menyeluk saku or meragut [kalu kambing yg meragut rumput 2 xpe lg]. So sepanjang berjam2 menunggu kt KTM Serang 2, mcm2 la kerenah dan ragam manusia dpt aku lihat. Ada yg mengamuk sb xdpt masuk train, yg nk bertumbuk la, bdk2 kecik menangis la, pasangan couple bergembira la, mcm2 lg la.. Bila sampai satu tahap 2 aku rasa xleh tunggu lg, sb takot xsempat je sampai Bukit Jalil 2. Ak pon terpaksa la berebut2 dan bersesak2.
Lautan manusia di hentian komuter Serdang.

Keadaan kt Bukit Jalil 2 sesak seperti biasa. Sampai2 je dh ada yg menyambut, tnye nk ke mana. Kalu tngok pada kondisi tempat 2, mmg dh nazak la, dng jalan berlubang2 dan berdebu. Mmg perlu la pindah ke Terminal Bersepadu Selatan. So tiket bas aku pukul 2.30ptng tp aku naik trip yg pukul 1.30ptng. Masa 2 dalam pukul 1.45ptng ada la sejibik bas Cepat Ekspres ni dtng. Bila tngok dia tulis KL-SGMT (melalui Highway Tangkak), aku g la tnye "ni bas pkul 2.30ptng ke?", katanye yg ni pkul 1.30ptng. Aku pon lepak la tepi 2 tnggu bas yg pkul 2.30ptng. Tetiba dreba bas tu suh naik n amik tiket aku. Maybe sebab ada byk kosong lg kot dlm bas 2. Xpe la, angkot jer la, lg cepat sampai lg bagus..
Suasana sekitar hentian bas sementara Bukit Jalal..
~SAYONARA BUKIT JALIL~
Tngok TV dlm bas

Masa atas highway, bila masuk je sempadan Johor, hari mula hujan. Yg xleh blah 2 bumbung bas 2 mcm bocor jer. Bleh plak ada air yg menitik2 kt salah satu lubang aircond bas 2. Maybe lubang aircond 2 yg problem kot, xleh sejuk sngat. Kesian penumpang yg duk kt seat 2, terpaksa pindah tempat. Nasib baik ada seat kosong. Cerita pasal hujan ni, sekarang dh musim air naik kt jajahan takhluk negeri Johor ni. Dalam perjalanan pon tngok byk umah2 yg dh tenggelam n air sungai naik melepasi paras amaran bahaya.
Berhenti di Hentian Bas Tangkak. Suasana diselubungi hujan.
Air Sg. Segamat baru nk naik... ^o^
One Segamat dh nk siap.. Yeay!!!!

~SELAMAT TAHUN BARU CINA~