Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Sunday, November 25, 2012

Jom dapatkan Kad Komuter 1Malaysia

Okey, mungkin ramai yg xtahu tentang kewujudan Kad Diskaun utk KTM komuter ni. Actually aku pon xtau gak, tp bersukur sbb ada member bg tau. So pada pengguna2 tegar komuter, korang bole la apply kad ni di mana2 kaunter stesyen KTM yg berhampiran. Dengan ada nya kad ni pengguna bole menikmati potongan sebanyak 50% bg pembelian tiket tren komuter. Contohnya, kalu dari Serdang ke Seremban harga tiket adalah RM5, kalu mcm tu selepas diskaun tinggal RM2.50 la. Kalu dari Serdang ke Bandar Tasik Selatan harga tiket adalah RM1, maka akan tinggal RM0.50 dan bagi perjalanan dari Serdang ke Mid Valley plak harga tiket adalah RM1.50, so after diskaun tinggal RM0.75, mungkin diaorg akan cas RM0.80 kot. Ermmm, tiap2 minggu g MID la mcm ni.. Hahaha.. OK, jng salahkan kemudahan yg diberikan.
So, mcm mana nk apply kad ni, korang bole g kt mana2 stesyen KTM n daftar kt situ. Mcm aku, ak mendaftar kt KTM Serdang jer. Agak ramai la yg berkerumun nk mendaftar. Syarat utk memohon mestila warganegara yg berumur 18 thun ke atas dan berpendapatan kureng dari RM3000 sebln. Utk mendaftar, pemohon perlu mengisi borang dan sertakan bersama salinan I/C. Bayaran pendaftaran pula hanya RM1 (1Malaysia la katakan). Kad ni sah selama 1 tahun bermula 1 November 2012 sehingga 31 Oktober 2013. Lepas setahun mungkin kena buat semula kot. 
Untuk maklumat lanjut bole la layari laman web KTM, atau tnye pakcik Google jer.. Hihi.. 
 Muka depan kad
Muka belakang kad
Resit bayaran pendaftaran

Bila bercakap pasal Komuter ni, mmg terkenal la dengan kelembapan dan ketidaktepatan masanye. Tp sekarang rasanye mutu perkhidmatan Komuter dah baik, sbb tren pon sudah semakin kerap, 20-30 minit sudah ada. Kalu dulu paling cepat pon setengah jam, tu kira bertuah la tu. Tp sekarang dah better la, tambah pulak ada tren 6 gerabak, sedikit sebanyak masalah kepadatan, kesardinan dan xsempat naik tren dpt dikurang kn.. Tren pon dah lebih selesa skrng. Cuma satu jer la yg paling benci bila nek KTM ni, masalah foreigner ni, belagak nk mampos, teutama geng2 yg gelap2 tu. Mcm dia punye tren jer.. Malas nk ckp byk2 sbb ak tau korang pon msti pernah alami perkara ni.. Abaikan jer la... (--")

p/s: sokonglah industri pengangkutan awam Malaysia.. >_<

Thursday, October 21, 2010

Larangan & Amalan Untuk Daya Ingatan/Tajam Akal

Semperna minggu peperiksaan bg kebanyakkan pelajar IPT, molek lah kiranya dibaca posting nie... Good Luck 4 all n selamat menduduki peperiksaan...
~JUJUR PADA ILMU~

PERKARA-PERKARA YANG MEMBUAT KITA HILANG INGATAN DAN TUMPUL MINDA

# Kurangkan makan bawang besar
# Kurangkan makan berempah
# Kurangkan makan ketumbar kering
# Kurangkan menonton hiburan
# Kurangkan membaca majalah hiburan
# Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
# Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)
# Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
# Jangan makan kepala ikan
# Jangan minum air yang ada semut
# Jangan tidur selepas subuh
# Jangan tidur selepas asar
# Jangan tidur selepas makan
# Jangan makan terlalu kenyang
# Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
# Jangan menyapu rumah pada waktu malam
# Jangan makan yang masam-masam berlebihan
# Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
# Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam

PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIAMALKAN

# Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
# Selalu makan makanan yang panas2
# Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
# Selalu minum air masak
# Selalu makan ulam2
# Selalu mengamalkan pandangan hijau
# Selalu bersenam
# Selau menggunakan imajenasi otak
# Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
# Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit
# Jangan ego
# Jangan dengki pada orang lain
# Jangan makan dari sumber yang tidak halal
# Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
# Jangan makan makanan yang ada pewarna
# Jangan makan makanan yang ada pengawet
# Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
# Jangan mandi selepas 9.00malam
# Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.
# Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
#Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
# Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
# Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
# Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
# Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
# Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
# Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
# Jangan menangguh taubat b ila berbuat dosa kerana mati boleh datang b ila -b ila masa.
# Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
# Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan, kita hilang bahagia.
# Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
# Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
# Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
# Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
# Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
# Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
# Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
# Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.."
(Surah Al-Ahzab:71)

sumber :- dikutip dr FB n blog2 masyarakat setempat... (--")

Sunday, September 6, 2009

Zuckerberg, Facebook, Israel, Org Palestin dan Kita...

Siapa Mark Zuckerberg?
Seorang graduan Sains Komputer dr Unversiti Havard, merupakan anak kpd pasangan Yahudi, Edward dan Karen Zuckerberg yg dibesarkan di Amerika Syarikat. Bapanya seorang doktor gigi manakala ibunya seorang pakar perubatan. Zuckerberg ini dikatakan seorang yg genius dlm komputer sejak kecil lg, malah dikatakan ketika berusia belasan tahun dia sudah mencipta permainan komputer yang bernama Risk dan permainan muzik Synapse.
Ketika Facebook dilancarkan 4 Februari 2004 dr bilik asramanya, ia bertujuan untuk memudahkan mahasiswa Havard utk berhubung ant 1 sama lain. Bagaimanapun ia telah berkembang ke Universiti2 di sekitarnya.
Apa kaitan Zuckerberg dng Israel?
Semasa di Universiti Havard, Zuckerberg menjd anggota Alpha Epsilon Pi (AEPi) yg aktif. Ia merupakan sebuah pertubuhan persaudaraan Mahasiswa Yahudi yg kuat di A.S dan Kanada. Perkaitannya dng Israel? Ia dikatakan sbg org pertama dan satu-satunya pertubuhan persaudaraan di Israel. Pertubuhan ini membuka keahlian kpd seluruh pelajar unversiti berbangsa Yahudi di A.S. Asas penubuhannya adalah utk menbina semangat kepimpinan dikalangan mahasiswa Yahudi sekaligus menjd pemimpin bangsa di masa yg akan dtng yg benar2 memahami idea, nilai dan etika Yahudi.
Manakala di dalam blog Rizki Yudhistira, seorg pakar I.T, juga memetik kata2 yg dilontarkan oleh Joel Leyden yg memaanfaatkan sepenuhnya Facebook utk menyokong tentera Israel semasa peperangan di Gaza.
Siapa pula Joel Leyden?
Dia adalah seorg wartawan, pemilik Israel News Agency dan pencipta laman web komersial pertama Israel. Selain itu, dia juga membuka laman web perdana menteri dan tentera Israel. Leyden mencipta Facebooknya sendiri 3 jam selepas seangan pertama yg dilancarkan Israel ke atas Gaza. Menerusi Facebooknya. dia membakar semangat tentera Israel yg mempertahankan sempadan dan kedaulatan Israel. Ia menjadi medan perbincangan dan hamburan kata2 semangat utk tentera dan org2 Israel.
Bagaimana Face book mendapat untung?
Menurut Rizki, pendapatan utama Facebook datangnya melalui iklan yg banyak dipaparkan. Dari penelitiannya, iklan yg terdpt di dlm Facebook mempunyai sistem yg berbeza2. Misalnya menggunakan kaedah CPC (cost per click), sekali klik $0.50. Bayangkan jika dalam masa 1 hari ada 1000 org yg klik pd iklan tersebut, maka Facebook akan memperoleh $500, Itu baru 1 iklan. Jika itu jumlah wang yg diperolehi, bayangkanlah berapa pula yg disalurkan utk membiayai peperangan di Gaza. Lebih malang lg, sebahagian dana dan keuntungan itu disumbang oleh orang Islam. Dengan klik saja pd Facebook, kita turut sama menjd pembunuh saudara kita org2 Palestin di Gaza...
Adakah anda juga "KLIK" pd FACEBOOK???
*petikan dan olahan dr majalah Komtemporari Al-Islam keluaran September 2009/Ramadhan 1430H (halaman 78)...