Okey, mungkin ramai yg xtahu tentang kewujudan Kad Diskaun utk KTM komuter ni. Actually aku pon xtau gak, tp bersukur sbb ada member bg tau. So pada pengguna2 tegar komuter, korang bole la apply kad ni di mana2 kaunter stesyen KTM yg berhampiran. Dengan ada nya kad ni pengguna bole menikmati potongan sebanyak 50% bg pembelian tiket tren komuter. Contohnya, kalu dari Serdang ke Seremban harga tiket adalah RM5, kalu mcm tu selepas diskaun tinggal RM2.50 la. Kalu dari Serdang ke Bandar Tasik Selatan harga tiket adalah RM1, maka akan tinggal RM0.50 dan bagi perjalanan dari Serdang ke Mid Valley plak harga tiket adalah RM1.50, so after diskaun tinggal RM0.75, mungkin diaorg akan cas RM0.80 kot. Ermmm, tiap2 minggu g MID la mcm ni.. Hahaha.. OK, jng salahkan kemudahan yg diberikan.
So, mcm mana nk apply kad ni, korang bole g kt mana2 stesyen KTM n daftar kt situ. Mcm aku, ak mendaftar kt KTM Serdang jer. Agak ramai la yg berkerumun nk mendaftar. Syarat utk memohon mestila warganegara yg berumur 18 thun ke atas dan berpendapatan kureng dari RM3000 sebln. Utk mendaftar, pemohon perlu mengisi borang dan sertakan bersama salinan I/C. Bayaran pendaftaran pula hanya RM1 (1Malaysia la katakan). Kad ni sah selama 1 tahun bermula 1 November 2012 sehingga 31 Oktober 2013. Lepas setahun mungkin kena buat semula kot.
Untuk maklumat lanjut bole la layari laman web KTM, atau tnye pakcik Google jer.. Hihi..
Muka depan kad
Muka belakang kad
Resit bayaran pendaftaran
Bila bercakap pasal Komuter ni, mmg terkenal la dengan kelembapan dan ketidaktepatan masanye. Tp sekarang rasanye mutu perkhidmatan Komuter dah baik, sbb tren pon sudah semakin kerap, 20-30 minit sudah ada. Kalu dulu paling cepat pon setengah jam, tu kira bertuah la tu. Tp sekarang dah better la, tambah pulak ada tren 6 gerabak, sedikit sebanyak masalah kepadatan, kesardinan dan xsempat naik tren dpt dikurang kn.. Tren pon dah lebih selesa skrng. Cuma satu jer la yg paling benci bila nek KTM ni, masalah foreigner ni, belagak nk mampos, teutama geng2 yg gelap2 tu. Mcm dia punye tren jer.. Malas nk ckp byk2 sbb ak tau korang pon msti pernah alami perkara ni.. Abaikan jer la... (--")
0 komen:
Post a Comment