Friday, August 10, 2012

Suka Duka Berlatihan Industri (Praktikal)

Pejam celik, pejam celik dah 6 minggu (1 bulan setengah) dah aku menjalani Latihan Industri. Sekejap jer masa berlalu. Ramadhan pon dah masuk fasa ke3 (10 yg terakhir). Sepanjang sebulan lebih ni mmg byk dan macam2 la pengalaman yg telah ditimba bersama syarikat VisualXtreme tu.. Dengan suasana kerja yg sangat OK, senior2 kt office pon baik2 belaka, supervisor plak mmg terbaik, bahagia la kerja situ... 
So, Alhamdulillah untuk bulan pertama, elaun telah pon diberikan, dalam bentuk cek gitu... Walaupon nilai nye biasa2 jer, tp cukup la nk cover duit makan harian. dan untuk bulan kedua ni, InsyaAllah bos kata akan bagi sebelum cuti raya..Yahoooo!!!
[cek bulan pertama telah selamat diterima dan di'bank-in'kan ke dalam akaun]

Hari pertama masuk daftar kt opis, ktorg kena pakai pakaian formal, hari kedua pon sama, masuk hari ke3 dah dibenarkan pakai pakaian biasa, T-shirt, jeans and so on, asalkan sopan.. Yg penting kena bawak sweater, sbb sejuk giler.. Hahaha..
[first day n first task : berpakaian sangat formal n sopan, buat kerja2 technician. Hihi]
[ni dalam bilik meeting : tempat nk solat n kadang2 lepak sbb sejuk kt luar a.k.a curik tulang]
[ini selalu berlaku bila ktorg xde kerja a.k.a malas nk wat kerja sebenarnye, so gile2 la kejap]
[kami adalah pekerja yg rajin dan cemerlang, selalu datang awal tp kadang2 opis x bukak lg, haha.. Kononnye bole la dpt status "employee of the month"]

Antara pengalaman yg paling menarik sepanjang berada di VisualXtreme ialah aku telah diberi peluang utk membuat Voice Over(V.O) @ suara latar untuk salah satu watak dalam animasi yg ktorg tngah wat n siapkan sekarang ni.. Wlupon studio rakaman 2 xbesar n hebat, at least dpt gak merasa pengalaman mcm ni.. =)

[proses rakaman suara dibawah pimpinan Abg Rizal]

Dan pada tanggal 8 Ogos yg lalu, syarikat telah berbesar hati membuat majlis berbuka puasa untuk pekerja VisualXtreme, e2b, n ape ntah lg. Of course la ktorg pon dijemput juga. Majlis dibuat di Wak Dol Kopitiam Seksyen 7 Shah Alam. Menu makanan pon ok la, mcm2 ada.. Besar pahalanye menjamu makanan berbuka kepada org yg berpuasa. =)
[Mr.Rick, one of big bos in VX]
[dipilih dipilih dipilih]
[Abg Makmin (baju putih) team project leader a.k.a supervisor ktorg, TERBAIK!!!]

p/s : click image to enlarge
Galeri Foto : Ihsan Fiq, Abam, Bai, VisualXtreme Office =)

0 komen: