Salam kepada semua pengunjung blog ini....
Pada tanggal 18 September 2008 (bersamaan 18 Ramadhan) yang lalu, saya telah dikejutkan dengan berita pemergian seorang sahabat yang cukup saya dan kawan2 lain kenali dan senangi. Beliau telah kembali ke rahmatullah akibat masalah jantung.. Sungguh sukar bagi saya mempercayai semua ini kerana sehari sebelum beliau pergi, kami sempat berbual seperti biasa dan tidak menyangka pula itu adalah perbualan terakhir kami. Sesungguhnya, ajal dan maut itu di tangan tuhan.
Kepada keluarga arwah dan para sahabat, diharap dapat tabah dan redha akan pemergian beliau..
Kepada para pengunjung blog ini, diharap dapat menyedekahkan Al-Fatihah buat arwah Mohd Latifi Atif dan semoga rohya dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama orang2 yang beriman...
AMIN...
Kata Motivasi Untuk Sahabat Yg Sedih
4 years ago
0 komen:
Post a Comment