Saturday, August 30, 2008

Salam Kemerdekaan



Dikesempatan ini aku nk mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 51 bagi negara Malaysia kita yang tercinta ini. Moga negara kita terus maju dan aman terutamanya dalam kestabilan politik negara ini....

Friday, August 29, 2008

Yahooooo... Tiket raya dh beli!!!!!

Ari nie (29/8/08), tiket bas Mara Liner nk balik Johor dh bukak kaunter.. Kelam-kabut aku ngan zul g beli pagi tadi. Fuhhhhhhh, nasib baik dapat. Aku beli 24hb malam. Yg ari lain sume dh abis. Ari 2 bukak, ari 2 jugak abis. Mcm goreng pisang panas... Mula2 2 aku terkejut jugak sebab tiket mahal gler, naik 30%. Tp nk wat gane, nk balik beraya punya pasal. Apa pun, aku org yang paling bahagia ari nie. SEBAB AKU DH ADA TIKET BALIK RAYA!!!!!!!
YAHOOOOOOOOOOOOOOO..........
JoHoR, aKu TuNgGu KaU..................

Wednesday, August 20, 2008

Mengenali Kategori Diri Anda

Adakah anda sudah mengenali diri anda secara mendalam?
Kategori2 orang, adakah anda :-

1. Tidak jujur :- orang yang kentut dan salahkan orang lain.
2. Bengong :- orang yang tahan kentut berjam2.
3. Yakin diri :- orang yang kentut dengan lantangnya.
4. Sadis :- orang yang kentut dalan selimut dan kibaskan baunya.
5. Strategik :- orang yang sembunyikan bunyi kentut dengan ketawa kuat2.
6. Misteri :- orang yang kentut tapi tak dapat dikesan.
7. Gugup :- orang yang tiba2 terkentut apabila disergah.
8. Periang :- orang yang kentut pelan2 pastu senyum sorang2....

Macan ada yang tersenyum jerrr.......
Nilaikan diri anda....

Wednesday, August 13, 2008

kegampangan pak guard UDM yang bastard!!!

semalam (12.8.08), tepat jam 12.30 t\hari aku di saman oleh pak guard UDM yang celaka gara2 xde stiker baru kt motor aku yang hebat 2.... 2 kali pulak tu kena tahan.. stiker lama xkan xleh guna lg. tiap2 sem nk tkar stiker, matila aku. dh la kena bayar.. ape kejadahnya semua ini!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! UDM ni tau nk telan duit pelajar2 jer...
SHIT 2 YOU!!!!!!!

Friday, August 8, 2008

"Mengenali Alam Jin"

1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya. Apabila Allah swt memerintahkannya supaya tuduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt melaknat dan perintah turun ke bumi.
2) Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan. Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam (Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).
3) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang mengunakan kemeyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemeyan. Satu lagi, orang-orang yang suka hisap rokok, adik-beradik jinlah tuu. Makanannya juga tulang. Itu sebab kita tidak boleh membuang kuku sebarangan, kerana jin akan memakannya.
4) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (sebab tu ramai orang terjun bangunan tinggi [bunuh diri] akibat rasukan jin lah), tandas dan kubur.
5) Kalau ingin buang air diperjalanan (contohnya jalanraya), perlu baca "Sala Mun, 'Ala Sulaiman". Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin!!!!
6) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong.. Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu. Semasa itu Nabi Sulaiman duduk dikerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.
7) Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Dilarang juga buang air di lubang-lubang (tanah).
8) Apabila ada ular masuk ke dalam rumah, Nabi pesan jangan bunuh terus. Mungkin jin yang masuk, dan menyerupai ular. Itu sebab Nabi pesan supaya mengarahkan ular itu keluar jika ia jin, sebanyak 3 kali. Selepas tiga kali tak keluar juga baru boleh bunuhnya. Sebab jin akan keluar, jika kita melarangnya.
9) Manusia mempunyai qarin (jin) dan suka ikut manusia ke mana juga kita pergi.
10) Jika tidur di Masjid, jangan tidur di pintu masjid dan tempat imam. Sebab jin selalu datang untuk sembahyang. Dan jin suka ikut pintu masuk masjid (tahu ikut peraturan).
11) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ (asrama baru UDM tu tak tau la). Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang melayu suka sangat menepung tawar !!! Ingat tu budak-budak UDM!!!

Kamikaze - Tawa Dalam Tangisan

Terhenti langkah seketika
Pandangan tersasar
Jiwaku bergelora
Sendiri ku dirundung sepi
Mengenang kembali
Saat yang telah pergi
Apa erti teman
Kini jadi lawan
Racun kau lemparkan
Diriku terseksa
Biarlah ku menanggung keperitan
Sesalan... diriku mula terasa
Kenangan ... jadikan pengajaran
Tak mudah... untuk aku melupakan
Demi persahabatan...
Tawa dalam tangisan
Terbongkar segala rahsia
Selama ini ku tak pernah menduga
Apakah cuba kau lakukan
Terbuktilah engkau
Gunting dalam lipatan
*
Apa erti teman
Kini jadi lawan
Racun kau lemparkan
Jiwaku terseksa
Biarlah ku menanggung keperitan
Sesalan... diriku mula terasa
Kenangan ... jadikan pengajaran
Tak mudah... untuk aku melupakan
Demi persahabatan...
Tawa dalam tangisan
( ulang dari * )

nawaitu

blog ni aku buat sbb ada assignment...
paper H.C.I ( human computer interaction ).
hope dpt siapkan dng sempurna laa...
T.Q..